Pejabat Agensi Berita Ahlul Bait-ABNA.ir, Michel Sulaiman secara rasminya telah mempertimbangkan pembelian kelengkapan militer untuk tenteranya menurut laporan agensi berita Iran.
Presiden Lubnan menyatakan lagi betapa perlunya senjata moden sebagai strategi Bairut dan ia bergantung pada belanjawannya.
Desakan Sulaiman ini diungkapkan beberapa hari setelah pengumuman Menteri Pertahanan Iran Brigadier Jeneral Ahmad Wahidi yang berkata pada hari sabtu lalu, "Industri Pertahanan berkemampuan mengeksport peralatan tentera ke lebih 50 negara di seluruh dunia."
Awal Ogos lalu, Lubnan mengumumkan keputusan mengukuhkan angkatan militernya. Berikutan itu Menteri Pertahanan Lubnan Elias al-Murr telah membuka akaun untuk menarik sumbangan demi kemajuan ketenteraan. Elias berkata kerajaannya akan menerima sumbangan dari dalam dan luar negeri.
Dalam pertempuran sengit Lubnan dan Israel baru-baru ini tiga tentera Lubnan dan seorang pegawai militer Israel terkorban. Setelah insiden itu pegawai Amerika mengumumkan mereka akan membekukan dana bantuan bernilai 100 juta dolar kepada Beirut.